Alhamdulillah Allah masih lagi kan bagi kita sedikit masa untuk meneruskan kehidupan di dunia nih. Ya Allah.. Indah sungguh ciptaan Allah.. Kalau kita renung-renungkan penciptaan Allah nih.. boleh timbul gak rasa takut dalam diri.. Besarnya engkau ya Allah.. betapa hebat engkau ya Allah.. dan terasa hina diri kita nih.. betapa sombong diri yang selalu membuang maksiat terhadap Allah nih.. Astagfirullah..
Kebebasan berfikir
Dalam Al-Quran Allah menyuruh kita menggunakan akal fikiran supaya kita lebih mengenal dengan lebih dekat akan ALLAH sebagai satu-satunya Tuhan yang layak untuk disembah.
Berfikir?? Sejauh mana kita boleh menggunakan fikiran kita nih ?? dan bagaimana kita nak mengawal fikiran kita agar kita tidak terpesong dari akidah yang wajib kita pegangi..
Tidak salah kita nak berfikir dalam Islam.. tidak Salah untuk kita mempersoalkan apa yang ada dalam Al-Quran.. bila ada persoalan.. maka ada kajian.. Bila ada kajian, Maka ada penemuan. dan selalunya penemuan-penemuan ini membuatkan Hidayah Allah itu datang dan masuk ke dalam hati orang-orang yang mahu kepada Tuhannya.
Hari ni kita akan berbincang menganai kajian tentang embryology.. (Kajian mengenai Embryo semasa dalam perut Ibu)
EmbryoloGy
Wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad adalah dari surah Al-Alaq.. (Segumpal Darah) (Embryo)
1. Bacalah dengan menebut nama Tuhanmu yang menciptakan
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
3. bacalah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah
4. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan Qalam
5. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
Sebelum tu kita tengok sejarah Embryology ni dulu k..
Sejarah EmbryoloGy
Siapa yang Start fikir pasal Proses Kejadian Manusia nih ??
Mengikut sejarah Orang puteh, orang pertama yang mengemukakan teori ini adalah seorang pemikir yang tidak asing lagi, iaitu Aristotle. (384 -322 Sebelum Jesus)
Aristotle (384-322 b.c)
Brother ni mengemukan 2 teori.
1. Preformation
2. Epigenesis
PreFormation ni mengatakan bahawa Embro ni dah ada samaada kat dalam perut Perempuan ataupun lelaki. Tinggal nak terbentuk sahaja bila dah berlaku proses persenyawaan.
Epigenesis pulak mengatakan bahawa benda ini berlaku mengikut step. Dan ia adalah berlaku dari sesuatu benda yang tidak mempunyai bentuk kepada sesuatu yang ada bentuk mengikut masa.
Dan pada waktu tu, lebih ramai yang menerima Teori Epigenesis daripada Teori PreFormation.
Ni sejarah ringkas laa nih kajian orang-orang terdahulu tentang proses kejadian manusia dalam rahim ibu.
Selepas 1900 tahun, iaitu pada tahun 1578, seorang physiologist yang bernama William Harvey meneruskan kajian mengenai teori Epigenesis Aristotle. Dan beliau mendapati, banyak teori aristotle ni bercanggah dengan keputusan experimentnya.
William HarveY
Teori Epigenesis Aristotle mengatakan bahawa Embryo ini terjadi sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku.
Willian Harvey menggunakan Rusa untuk kajian terhadap Teori tersebut. Selepas sahaja rusa tersebut disenyawakan, William Harver memotong uterus rusa tersebut untuk mencari embryo yang dimaksudkan oleh Aristotle. Tapi, apakan daya.. beliau tak dapat jumpa pun Embryo itu.
Lalu rusa yang baru digunakan untuk mencari apakah jawapan disebalik kekusutan yang berlaku. Rusa disenyawakan dan experimen diteruskan.
Selepas seminggu.. Belah uterus rusa.. Takde gak embryo..
Selepas 2 minggu.. Belah.. Takde gak..
Selepas 6 minggu.. dibelah uterus rusa yang baru nih... Ade... (lalu dia sebuT.. MasyaAllah.. hihi.. Memain je..)
Beliau mendapati bahawa Embro terbentuk selepas 6-7 minggu proses persenyawaan. dan ini telah membatalkan sebahagian besar teori Epigenesis Aristotle mengenai Embryo yang terbentuk sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku.
Dan selepas itu, ramai dari pengikut teori William Harvey ini telah menukar kembali pemikiran mereka dari Teori Epigenesis kepada Teori Preformation.
Kajian demi kajian dilakukan..
Marcello Malpighi (1628–1694) dan Jan Swammerdam (1637–1680) telah mereka satu alat baru yang canggih yang dinamakan MICROSCOP untuk memudahkan kajian lebih dalam mengenai perkara ini.
Marcello Malphigi
Microscope
Bermacam-macam lagilah teori yang ditemui dan dijumpai. Masing-masing mengeluarkan pendapat berdasarkan scientific evidence hasil kajian mereka. Ada yang mengatakan ternampak "Tiny People" dalam Air mani lelaki. Ada juga yang mengatakan bahawa embryo ni dah ada kat dalam ovari perempuan.
Semuanya berlaku dalam 17th-18th century.
menjelang 19th century, barulah terbentuk satu teori baru yang dinamakan Cell Theory dipelopori oleh Karl Ernst von Baer (1792–1876) dengan penemuan OVUM dan SPERMA. Daripada teori baru ini, saintis selepas daripada itu menggunakannya sebagai asas dalam membuat eksperimen yang berkaitan dengan embryology.
Dan terhasillah Ilmu Embryology yang ada pada hari ini. Dipelajari di seluruh pelusuk dunia dalam bidang perubatan dan lain-lain.
Al-Quran dan Embryology
berbalik kepada Al-Quran.. Sebagai suatu pembuktian yang ianya adalah daripada Tuhan, Pencipta sekalian alam.
Bila Wahyu pertama diturunkan ?? Sewaktu Nabi berusia 40 Tahun. (0610 Masihi)
Wahyu pertama cakap pasal apa ??
EmbryoloGy...
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
Al-Quran diturunkan Bila ???
610 Masihi - 632 Masihi kan..
Apa yang Quran cakap pasal embryoloGy ??
Lihat Surah Al-Mu'minun ayat 12-14.
12. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati yang berasal dari tanah
13. Kemudian Kami jadikan daripada saripati itu air mani (yang disimpan) daam tempat yang kukuh (Rahim)
14. Kemudia air mani itu kami jadikan Alaqah (Segumpal darah), lalu Alaqah itu kami jadikan Mudghah (segumpal daging), lalu dari Mudghah itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami salut dengan daging. kemudia kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.
( Laki + Perempuan = Alaqah - Mudghah - Tulang belulang - Tulang diselaputi daging - Makhluk bernyawa. )
Alaqah
Dalam Arab, perkataan Alaqah mempunyai 3 makna.
1. Pacat (leech)
2. Benda yang tergantung
3. Gumpalan darah
Sekarang kita buat penilaian Alaqah dengan Embryo yang dijumpai dengan menggunakan teknologi berkuasa tinggi di zaman moden ini,
Alaqah = Pacat (leech)
Bentuk embryo sama ngan bentuk Pacat..
Alaqah = benda yang tergantung
Embryo adalah benda yang kat tengah-tengah yang sedang tergantung tuh.. ni just diagram laa..
yang ni diambil menggunakan Photomicrograph (guna mikroskop gak aa)
B = Embryo yang sedang tergantung
Usia - Sekitar 15 Hari
Dan Maksud yang ketiga untuk Alaqah ialah Gumpalan Darah.
teknologi Moden mendapati, dalam period nih, Embryo boleh dikatakan hanya seperti gumpalan darah semata-mata kerana
1. Embryo time ni hanya dipenuhi oleh Salur-salur darah
2. Darah dalam embryo pada masa ini belum lagi circulate.
Embryo pada external appeareance hanya dikatakan Gumpalan darah kerana salur darah yang banyak di dalamnya.
So, 3 maksud yang terdapat dalam perkataan Alaqah menyamai dengan kajian Teknologi moden pada hari ini.
Mudghah
Kita masuk pulak MudhgaH - Segumpal daging.
Mudhgah dalam Bahasa arab jugak membawa maksud - Benda yang dikunyah -
Kalau seseorang makan Buble Gum.. dan kunyah laa macam biasa.. Bila kita tengok bentuk gum yang kita kunyah tu sama bentuknya dengan Mudghah sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran.
Ini adalah bentuk embryo pada hari yang ke-28
dikatakan sebagai seakan-akan dikunyah bila kita melihat kepada belakang embryo tuh,
seakan-akan tanda kunyahan oleh gigi.
Apa yang perlu difikirkan sekarang..
Bagaimana Nabi Muhammad tahu akan perkara sedemikian ??
Tahun 610-632.. belum ada lagi kajian yang seperti ini.. yang sangat tepat dan sangat jitu kebenarannya.. pada waktu itu belum ada lagi Mikroskop... Belum ada lagi teori William Harvey (1578).. yang ada hanyalah teori Epigenesis dan Preformation Aristotle yang sangat banyak percanggahan dari teori moden hari ini.
Ha ?? macam mana boleh jadi macam nih??
Tahun 610-632.. Nabi dah cakap mengenai AlaQah.. Wahyu pertama di Guan Hira'.. ayat kedua..
2. Diciptakan Manusia dari AlaQah..
Bagaimana Nabi Muhammad tau?? Mungkin Nabi Muhammad ni scientist ?? Mungkin nabi Muhammad ada buat kajian macam William Harvey..
Jawapannya Tidak ada.. Nabi Muhammad bukan seorang ScientisT.... Nabi Muhammad tidak pernah membuat kajian-kajian seperti itu.. BahKan..... Nabi seorang yang buta huruf.. yang tidak tahu menulis dan membaca... Mana mungkin Nabi Muhammad mengetahui perkara-perkara sedemikian rupa.. Pelik.. tapi benar..
Ini semua adalah kerana...
Nabi Muhammad.. Adalah seorang Pesuruh ALLAH... yang diutuskan kepadanya Kata-Kata Tuhan (Wahyu)..
Wahyu pertama adalah kata-kata Tuhan... Allah yang menciptakan.. dan Allah yang menerangkaN... Maha Suci Allah... Tuhan Sekalian Alam..
Apa yang dibawa oleh Muhammad?? Al-Quran..
apakah dia Al-Quran ?? Itulah Kata-kata Allah.. Tuhan yang tidak ada Tuhan melainkan Dia... yang layak disembah oleh sekalian makhluk.
pada tahun 1981, seorang Proffesor Embryology yang sangat terkenal iaitu Proffesor Keith Moore (Bukunya digunakan oleh pelajar perubatan seluruh dunia) dalam satu conference yang berlangsung di Arab Saudi telah berkata..
“It has been a great pleasure for me to help clarify statements in the Quran about human development. It is clear to me that these statements must have come to Muhammad from God, because almost all of this knowledge was not discovered until many centuries later. This proves to me that Muhammad must have been a messenger of God.”
MasyaAllah......
selepas itu beliau berkata lagi..
" Because the staging of human embryos is complex, owing to the continuous process of change during development, it is proposed that a new system of classification could be developed using the terms mentioned in the Quran and Sunnah (what Muhammad said, did, or approved of).
The proposed system is simple, comprehensive, and conforms with present embryological knowledge. The intensive studies of the Quran and hadeeth (reliably transmitted reports by the Prophet Muhammad’s companions of what he said, did, or approved of) in the last four years have revealed a system for classifying human embryos that is amazing since it was recorded in the seventh century A.D.
Although Aristotle, the founder of the science of embryology, realized that chick embryos developed in stages from his studies of hen’s eggs in the fourth century B.C., he did not give any details about these stages. As far as it is known from the history of embryology, little was known about the staging and classification of human embryos until the twentieth century.
For this reason, the descriptions of the human embryo in the Quran cannot be based on scientific knowledge in the seventh century. The only reasonable conclusion is: these descriptions were revealed to Muhammad from God. He could not have known such details because he was an illiterate man with absolutely no scientific training "
Semoga mendapat manfaat..
Fikirkan.. dan Bersyukurlah kita dah diberi Islam dalam kehidupan.. Ya Allah.. Aku bangga menjadi IslaM..
Islam AgamaKu.. Hidupkan dan matikan kami dalam Islam.. Ameen..
Asalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kerna sudi menjelaskan dengan panjang lebar mengenai theory perkembangan embreyo dengan panjang lebar cukup dengan gambar2nya sekali. tentu terkorban masa yang agak lama juga. Apatah lagi ini adalah tahun akhir untuk kamu belajar disana. Saya berharap pembelajaran kamu tidak terganggu didalam kamu membuat artikel2 didalam blog kamu ini. Saya doakan kepada Allah yang Maha Pemurah agar kamu lulus sepenuhnya didalam pengajian kamu disana agar dapat kembali ke tanahair dengan berkelulusan kedoktoran.
Memang benar apa yang disebut di dalam Al-Quran tersebut tentang apa yang dibincangan disini. Mudahmudahan kita terus menerus mendekatiNya sambil mengharap Petunjuk dan Hidayah dariNya sentiasa.
Saya juga berterima kasih kerna telah bagi pertamakalinya terdengar nama dan lagu Maher Zain (Open Your eyes) di dalam blog kamu ini. Tersentuh juga hati saya setelah mengikuti lirik lagu tersebut. Lagu itu amat baik dan saya selalu mendengarnya ditambah dengan suara penyanyinya yang menampakkan keikhlasan.
JazakAllahu Khairan kathiran.
wassalam warahmatullah..
ReplyDelete:-)KOrban masa banyak?? Hehe.. Ok jak.. No proB.. Lgipun benda2 nih pun ada kaitan ngan apa yg sy tgh beljr kan..
Tapi memang best bila kaji benda2 macam nih dan buat perbandingan ngan Al-Quran.. n Ternyata Al-Quran memang Superb.. Mu'jizat Nabi kan..
Ameen... Semoga sedara dan family sedara siyen juga diberkati dan dirahmati Allah.. Dimudahkan dalam segala pekerjaan yang dilakukan.. dimurahkan rezeki dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat..
Ha.. pasal lagu maher zain tu.. cuba masuk yang ni pulak.. Lagi Syahduu.. :-)
http://www.youtube.com/watch?v=Vlrb1rOT36o
Best sgt2..
:-) Klah.. Jumpa nnti K.. hehe..