Stevia : Suatu Harapan baru
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia digunakan secara meluas di Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai pemanis di dalam masakan dan minuman seharian. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada
daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan
rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan
tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang
ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan
mengelakkan diabetes.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis
semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Mengikut kajian para saintis, stevia mengandungi sifar kalori, lemak,
kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 – 400 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini
telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.
Kajian
yang dilakukan mendapati ianya mampu untuk menurunkan dan mengawal kadar gula
dalam badan, mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan obesiti. Hasil daun pokok Stevia boleh dijadikan extrak gula bagi
menggantikan gula dari pokok tebu.
Pengilang makanan dan minuman kini
berlumba-lumba menggunakan gula Stevia sebagai pemanis di dalam produk keluaran
mereka. Pasarannya terjamin setelah ianya diluluskan oleh USFDA sebagai makanan
tambahan. Ianya dapat menggantikan gula biasa.
Masa depan Gula Stevia amat
cerah kerana permintaan tinggi oleh industri produk makanan dan minuman. Gula,
Sukrosa, Aspartame telah menurun permintaanya kerana ia banyak memberi kesan
yang tidak baik kepada pengguna. Di negara Jepun, 60 % pemanis dalam produk
makanan dan minuman mereka menggunakan Gula Stevia.
No comments:
Post a Comment