Tuesday 11 March 2014

Nasi Plov UkraiNe yang paling Mantap !!



Bismillah....

Alhamdulillah hari ni dapat melepaskan rindu dengan Nasi PloV Ukraine yang sangat digemari oleh kebanyakan pelajar-pelajar malaysia di Ukraine time study dulu.

Semalam gi shopping ngan Isteri serta Naufal, tiba-tiba semalam terhidu bau Nasi Plov ni di Giant Supermarket Tawau.. Ntah dari mana tu bau.... Hati terasa rindu.... Then terus beli barang-barang keperluan untuk buat ni resepi.

Check internet, dapat pulak resepi dari Brother Thaufeekul Ameen.. bagus jugak dia post ni resepi.. entah bila punya post lagi nih.. Hehe..

Humm...

dibawah saya copy paste jak resepinya.. Sedap ooo !! 

Aiwaa... MasyaAllah... Tabarakallah.... !!

Sila klik  link di sini.....


Bahan-Bahan:
Beras 1kg (lebih bagus beras berkanji tinggi)

Minyak masak 300ml

Daging/Kambing/Ayam 1kg - dipotong 4 bahagian/ besar2

Lobak merah (carrot) 1kg -dihiris panjang2 (jgn terlalu halus)

Bawah besar 600g -dihiris

Bawang putih 2 labu -tidak perlu potong

Jintan putih 1 sudu

Kismis 200g

garam secukup rasa

air panas sekadar yg diperlukan 
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk.

2. Masukan daging yg telah dipotong besar.

3. Goreng daging tersebut dengan menambah air panas sehingga daging tersebut lembut.

4. Setelah daging lembut, panaskan sampai air tadi sejat.

5. Masukan bawang dan masak hingga separuh garing.

6. Masukan lobak merah yg telah dihiris memanjang dan masukan sedikit air panas supaya ia masak sampai lembut.

7. Susun 2 labu bawang puting atas masakan tadi.

8. Cuci beras dan masukan beras tanpa gaul.

9. Taburkan garam (lebih kuarang 1 sudu besar) dan jintan putih.

10. Tambahkan air panas sehingga 1 cm tinggi dari paras beras tadi.

11. Biarkan masak dlm api yg tinggi sehingga paras air sampai ke paras beras.
12. Masukan kismis, tutup periuk dan biarkan masak dlm api yg sangat kecil.

Cadangan Hidangan:

Makan la bersama cili besar dan sayur2an tg dijadikan salat.

Tambahan:
Kandungan minyak memang tinggi. Makanan ni adalah kegemaran orang uzbekistan dan arab serta di ukraine.



Ni lah Hasilnya... !!!


PloV C Chisnokam... 
(Plov + bawang putih)


Ni masak guna rice Cooker sahaja... Senang... x payah tunggu api.. Pasal kalau pakai api, boleh terbakar.. atau paling tidak nanti bawah nasi tu jadi kerak... Makan Plov Kerak Nasi la kalau tidak dijaga betul-betul.. hehe

Humm.. Tu Sahaja untuk kali ini.... 

Sama-sama kita berdoa untuk Passangers MH370.. Semoga mereka semuanya selamat dan cepat dijumpai.. Ameen...







Share This

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami Sekarang !!

Pastikan anda memilih Bestevia sebagai pemanis Semulajadi anda. Bestevia, Pemanis 0 kalori pilihan semua



Designed By Dr Afifi Saif