Showing posts with label KepimpinaN. Show all posts
Showing posts with label KepimpinaN. Show all posts

Thursday, 2 October 2008

KemenangaN pasTi kan DataNg



Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari
Read More

Adab BerJemaaH PerLu DipeLihAra


Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.














"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi.


Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.


"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.


Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.


"Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.


Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.


"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.


Dalam perkembangan berkaitan, Hari Terbuka PAS sempena Eidulfitri 1429 akan diadakan pada 12 Syawal atau 12 Oktober ini dari pukul dua petang hingga pukul enam petang di Stadium Malawati, Shah Alam.


Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Ahli Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan menjemput rakyat melapangkan masa menghadiri rumah terbuka itu.

Read More

Wednesday, 1 October 2008

RelaX or LepaK???

" Relax la bro... LepaK je.. "

"leks baa kau joe.. pelan2 baa"

"aisee..... rilek jak... jan ko camni baa.. apa juga yg ko mau cepat2 sgt ni??"

"lepak laa bro.... pehal wei.."

hehe... ni adalah perktaan2 yg slalu aku gunakan.. LEPAK... RILEX...

apa sbnrnya bnda ni?? napa kita perlu lepak.. au rilex dalam melakukkn sesuatu kerja..?

1 perkataan... banyak makna.. terpulang kepada camana cara kita menilai perkataan LEPAK.. au ReLaX ni.. salah cara melihatnya... kesudahannya pun akan hampeh mcm hampas.. kalo betul cara melihatnya, kawan dan lawan akan hormat.. hehe..

ReLaX boleh membawa kepada 2 condition. 1 yang merosakkan.. dan satu lagi untuk meneruskan survival diri. yang merosakkankan tu camana??

ReLaX yang membuatkan dirinya menagguh2 kerja.. dekat2 mau exam.. bru mau bertungkus-lumus bljar... tu pun 2-3 hri jak lagi.. soklannya mcm gunung kinabalu.. 2-3 hari mana laa smpat mau cover semua... kecuali otaknya mcm otak imam syafie.. baca buku mcm scan kertas jak.. tapi imam syafie pun yang otaknya sgt cerdas pun bersungguh2 dan x buat RELAX yang merosakkan diri sndiri.

RELAX yang ke-2.. bila terlalu banyak kerja bersarang di dlam kepala.. kita kena berhenti seketika... tuk susun balik.. fikir dan organize satu persatu... kena put 1st thing 1st..

cth len... org nak cari gaduh ngan kita.. mmg laa time tu emosi ckit kan.. kalo ikutkan perasaan dlm hati ni... aisee.. boleh jak baa.. kalo sakit.. sama2 sakit baa.. kita kena tumbuk.. dia kena tendang.. hihi.. kita kena mata.. dia kena kepala.. n hidung... (dia kena lebih ckit laa) haha..

so ikutkan hati.. mmg camtu.. tapi kalo kita rilek jap... fkir n tenangkan diri.. lawn dgn cara yang lebih proffesional.. FUHH.... KWAN DAN LAWAN beb GERUN....... senyum.. snyum jugak.... tapi bro.. senyuman terlalu banyak maksudnya....

senyum org yg berstrategi... adalah senyuman invader.. yang punya matlamat dan tujuan.. samaada matlamat baik au buruk.. x kisah laa.. haha... gelak org yang RELAX yang 1st td.. gelak yang tidak ada makna... hihi...

senyuman org jahat yang berstrategi bakal mengalahkan dan menyisihkan senyuman org baik yang langsung x tersusun hidupnya.. dan begitulah sebaliknya...

dimana Kita?? fkir2 kan...
Read More

Tuesday, 5 August 2008

MBO (ManageMent by ObjectiVe)

Malam ni aku telah mempelajari satu teknik dlam menguruskan satu2 organisasi. Suka gak aku untuk berkongsi Ilmu ni... InsyaAllah.. Hehe..

teknik ni dipanggil Management By Objective.

Mula2 kita kena buatlaa 3 column diatas.

apa2 sahaja kerja yang kita mahu lakukan, pertama sekali kita kena tetapkan Objektif.

apa ciri2 objektif yang berkesan??

ada 5 criteria yang kena dipatuhi dalam menentukan objektif sesuatu perkara.

SMART

S= Specific
Objektif mestilah spesific dan terfokus.

M=Measurable
boleh dinilai. cthnya... sepuluh.. dua puluh.. seratus.. dll

A= Achievable
Objektif mestilah berbentuk benda yang boleh dicapai dan logik untuk dibuat.

R= Realistic
Objektif tu real laa..

T= Time
Objektif disertakan dengan sasaran jangka waktu. cth.. dalam masa setahun.. 2009-2010 dll.

ok.... setelah kita setkan objektif, kerja seterusnya adalah untuk memikirkan strategy apa yang sesuai digunakan untuk mencapai plan yang telah ditetapkan.

cth....

Objektif

Mengumpul dana sebanyak RM 10 000.

hmmmmmm.... nntilaa sambung... mau tdo dulu... haha... sdah pkul 2 pagi ni.. matilaa ndak cukup tdo nnti.. klah.. nnti sambung k..

Chowwww...
Read More

Hubungi Kami Sekarang !!

Pastikan anda memilih Bestevia sebagai pemanis Semulajadi anda. Bestevia, Pemanis 0 kalori pilihan semua



Designed By Dr Afifi Saif