Showing posts with label SiaSaH. Show all posts
Showing posts with label SiaSaH. Show all posts

Tuesday, 22 July 2008

HaTi yaNg koSonG..


Hati yang kosong..
bagaikan rumah yang kosong..

Rumah kosong banyak srg labah-labah..
tanda sdah lama org x masuk...

x masuk??
xda pintu ka jgak?
Tingkap ka..
Au lubang2 ckit2 ka...

Ada... bnyak ba pintunya..
Tapi camtu laa..
Selalu jugak buka pintunya..
Slalu jgak org datang masuk..

Ha.. abes tu??
Tau2 laa kan..
Len2 ba orang yg masuk rumahnya tu..
Habis kotor rumah tu dibuatnya..
Lepas satu.. satu lagi masuk..
Kdg2 ramai2 skali masuk...

Tapi satu pintu jak lagi yg jarang sgt berbuka..
Jarang sgt laa..
Ntah brpa kali jak..
Bulih dikira baa jgak..

Tapi bila org2 ni masuk...
Trsa rumah ni bagaikan bercahaya balik..
Abes suma srang2... n sgla kekotorn dlm rumah ni..
Hilang camtu jak..
Dorg tolong bersihkan baa..
Bru nmpak luas ckit...

Tapi dorg ndak lama laa...
Bila dorg kuar..
Masuk balik sgla hntu2 kureng tu dlm rumah ni..
Jadi laa balik camni..
Kosong...
Kosong ngn kedamaian..
Kosong ngan ketenangan..

Bilaa lagi pintu yang jarang terbuka ni..
Mau trbuka..
Cpt2 laa... kotor sgt sdah tau rumah ni...
Ndak tahan sdah mau tggal di dalmnya..


Ya Allah... Hidupkan laa hati kami ngan iman kepadaMu.. sntiasa Ingat kepadaMu.. Peliharalah gedung hati kami ni.. kami selalu terlalai dan termasuk dlm ruang2 maksiat.. Ampunilaa kami.. Ameen..
Read More

Sunday, 20 July 2008

CeramaH UMUM PaKataN RakYat 19 JuL


Besok masuk minggu yang ketiga tuk aku ber’praktikal’ di hospital Likas. Ada 2 minggu jak lagi tuk aku menghabiskan praktikalku di ONG department.. pastu smbung pulak 2 minggu di Department PeadS..


Baru ni smpat gak aku dtg g Ceramah Umum PakaTan RakyaT.. yang BerceramaH temsuklah Mat saBu (PAS), UstaZ MuttaLib EmbonG (PAS), AnsaRi AbdullaH (PKR). Adalaaa lebih kurg 300-400 org dtg Malam tu.


Banyak gak masaalah orang2 sabah ni sbnrnya. Orang2 sabah ni terlalu banyak termakan Gula-gula kerajaan smpai banyak yang menghidapi diabetes. Ketawa semua hadirin bila Mat sabu ckp cam ni. (tau2 laa kan, lawak gak mat sabu pya ceramah.. hahaha..)


Dalam ketawa tu, aku sedikit terasa. Majority hadirin yang dating berasal dari semennjung. Aku terasa bhwa org2 smnnjung sdg mentertawakan org2 ku. Adoi.. sakit gak sbnrnya. Tapi mau ndak mau, aku kena terima hakikat tu. Mau buat cmna kan.. aku mau cover gak org2ku, tapi aku ndak mampu.


Org2 sabah kena ubah cara berfikir gak. Dan bukan bermaksud bhwa org sabah ni terketinggalan. Ada yang mengatakan bhwa pemikiran politik org sabah ni ketinggalan 20 tahun dari org di smnnjung. Aku stuju ngan apa yang Ustaz Mutolib Embung cakap.. “ biarpun org mengatakan begitu.. jan lupa.. bahwa org2 sabah lebih kerap menukar kerajaan daripada org2 di semennjung.”


Bagi aku ketinggalan 20 tahun di belakang tu jika suasana politik di sabah disamakan dengan suasana di semenanjung. Tapi aku rasa, kita ndak sama tau. Suasana kita lain. Mmg ndak sama. Bukan ketinggalan ke belakang tapi….. adoi.. banyak reason gak sbnrnya.. dan bukan semata-mata terlalu termakan gula-gula tu. Dan bukan semata-mata dapat diabetes tu.


Kalau itu laa shja alasan rakyat sabah masih memilih umno, di semnnjung lagi teruk. Johor… N9.. Melaka… dan len2.. Umno sdah 50 tahun berturut2… sabah plak umur Umno masih muda lagi. Sabah sdah 3-4 kali tukar kerajaan. PBS.. USNO.. Berjaya.. BN.. (kalo aku ndak silap laa)


Maksdnya pemikiran politik di negeri2 tadi 30 tahun ke belakang dari pemikirn politik rkyat sabah. Adoi…


Mmg betul rakyat sabah negeri no 1 semuanya. No 1 paling banyak hasil bumi.. no 1 paling miskin.. dan len2 lagi. OKlaaa.. kita salahkan KerajaaN UMNO yang memerintah sekrg. Tengok kepada Pembangkag plak.. calon2nya pun lebih kurg mcm Pemimpin2 Umno jgaK. Jadi calon pembangkang psl ndak suka ngan pemimpin Kerajaan sorg ni semata2…. (SEMATA2)


Tapi ndak semua laa… mcm tu jgak.. ndak semua pemimpin pembangkang yang dipilih di sabah ni mau membela nasib rakyat dengan bersungguh2.. n sama jgak ngan yang kerajaannya…


N ndak semua pemimpiN kerajaaN saBAh jahaT mcm KebanyakAn pemimpin2 KerajaaN di semeNAnjung. Sama jgak ngaN pemimpiN2 pemBangkanG.


BN dan UMNO RosaK di sabaH. Begitu jgaK ngan PKR.. semua DisebabkAn oleH sebilangaN pemimPin2 yaNg mempunyaI AgenDa tersendirI dan KroNisme. PemimPin2 yang TidaK IkhlaS tuK memiMpiN masyaraKAt ke Arah yang lebih baik.


Pas pulaK terlalu lemah di sabaH. Pas Okay sdah.. tapi Tulaa.. Ckit sgt tau Orang2 yanG mau keja sama2.


Tu yang kita buat PakataN RakyaT… supaYa kita saliNG lengkaP-melengkaPi antara satu sama lain. Pemimpin2 Umno.. MasuklaH pakaTAn RakyaT.. Kenapa mau Ikut jgaK UMNO-BN SemenanjuNg yang BodoH tu?? Aku puN ndak FahaMlaa…


Aku fahaM.. Mmg susah kan.. just kalo susaH hari ni.. biarkan generasi2 baru membersihkan pemimpin2 Umno kita hari ni. Jan riSo.. biarkan anaK2 kita bergeraK ngaN kerja PembaharuaN ni..


Kita lagi takuT anaK kita MAsuk pembangKang daripaDa kita takuT anak2 kita BuaT kerJA2 ndak SenonoH.. masUk kuaR night CluB.. MinuM arAk.. AmbiK dadaH.. kita lebih rela dorg ni rosak daripada mereka menukaR fikiran MereKa ke Arah yang lebiH ke HadaPan..


Ya Allah………. SelamatkanLaa GeneRasiKu….. IkhlaskaNlah perjuangaN kami Ini.. WallhuA’laM….


Read More

Friday, 4 July 2008

PrinsiP..

Hmm.. semua org tau apa yang telah trjadi baru-baru ini. mksud aku bnda2 politik ni laa. lalu terdengarlaa banyak komen2 dari org2 awam mcm aku ni. "Alaa.. ni laa politik.. kotor.." kata si A. "Biasalaa tu joe.. pembangkang memang camtu.. lain2 yang dibuatnya" Tambah si B. "aku memang ndak puas hati tau ngan kerajaan ni" celah si C. "Kita mesti ubah keadaan ni" kata si D ngan semangatnya. lalu si E membuat kesimpulan "Alaa.. besalaa ba tu.. ndak payah laa kau ikut2 cakp2 bnda tu.. kita kerja jak baik2 bagi makan anak isteri.. sdahlaa.."

AdoI.. bagus2 panas jak perbualan anak-anak muda ni, pastu ada laa plak si Malaun ni habiskan perbualan ngan kesimpulan yang sangat tidak demokratik dan nasionalistik. Hmm... kadang2 aku trfikir sndiri.. aku sedar bhwa diri ni x seberapa dalam nak bawa keja2 agama ni. kelemahan dari segi iman, ilmu sudah cukup untuk melambatkan pergerakanku dalam menjalankan amanah gerak kerja dakwah ni.

tapi Alhamdulillah.. aku masih ada prinsipku sendiri yang mana aku rasa bnda ni laa yang membezakan antara sorang dengan yang lain. aku tau kemana aku nak jalan. aku tau kemana aku nak pergi meminta dan memohon pertolongan.

aku sebenrnya sgt bnci ngan orang yg xda pendirian. sangat mudah terhanyut kesana n kemari. di depan kita ckp lain. di belkg kita ckp lain. bila bersemuka ngan kita, dia seolah-olah menyokong kita 100%, namun di sebalik semua itu, rupa2nya dia ada agendanya yang tersendiri. Agenda untuk menyelamatkan dan memenuhi ego kendiri hingga sanggup menokok-tambah bnda2 yang tidak wujud di dalam statementnya spya semua org menghormatinya sebagai orang yang penting.

Ego memang kita perlukan. cuma sejauh mana kita boleh control ego kita tu jak laa yang membezakan antara lelaki sejati dengan Jantan Bujang Senang. (ni Prktaan tuk laki jak.. Tuk prmpuan cari sndiri). Kalau xda ego, orang akan injak kepala kita. Tnpa ego, kita x boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Tnpa ego, idea susah nak berkembang. tnpa ego, hidup ni x kan ada kegembiraan. sedih memanjang. asyik kita ni mengaku kalah jak.

lain plak critanya kalo kita ni ndak pndai control ego kita. hncur berai jadinya. orang buat lawak ckit, sdah mengamuk mcm ada pergaduhan besar yang berlaku. HaHa.. Pelik2.. kadg2, org stimulate ckit jak, tapi oleh kerana ego ndak pndai mau control, hbis semua org jadi mangsanya.

ada org ckp ego ni sama ngan org yg takabbur. bagi aku bnda ni ndak sama. Pengertian ego terpulang kepada kita cmna kita mau mmndang perbuatan ego ni. kalau kita pndang ianya dari segi yang positif, maka positif laa mksudnya dan begitula sebaliknya.

klah.. Jadilaa kita ni org yang berpendirian dan berprinsip.

"Kita kena terbuka, tapi jangan hanyut... kita kena pegang kepada prinsip, tapi jangan jumud"
Read More

Wednesday, 16 April 2008

PAS SDAH KALAH ??

Ni Gambar Dulu2 Ye.... Sekrg Dah Botak Dah.. kiH2...
Dr Kiri:- Anis, Fadhil, Aku
Bawah:- RamDzaN

BeraniNya aku Comment Org2 yang hebat2 ni..... (terasa Kerendahan IlmuKu...) Adoi..... Just Pndangan Aku laaa... semua org ada pandangan masing2... Kan...

PAS SDAH KALAH.... -FAISAL TEHRANI-


Salam....

Bg Faisal... Ok kot kalo abg kritik.. xde masaalah kita nak kritik mane2 pihak kan.. ni adalah hak kita sbgai rakyat malaysia...

Cumanya... kalo abg dpt bg cdngan yang lebih bernas yg boleh difikirkan oleh rakyat... psl kita ni banyak kritik drpada memberi cadangan.. kita kata kita ni ahli Pas sejak dr dulu lagi.. sblum Dr hasan ali laa... tapi xde pun cdngan kita yang bernas pernah diutarakan yang boleh diguna pakai oleh Parti kita.. (tu sy laa.. sy x ckp abg.. maybe abg ade kot buat cdngan yang telah digunakan..)

Orang yang professional... xkan hanya mengkritik semata2.. tetapi memberi jalan yang lebih jelas n semua rakyat boleh guna pakai...

Ni just nasihat tuk diri sy sendiri... adakah kita yakin bhwa penulisan kita ni memang ikut apa yang islam ajar..?? n bila kita salahkan satu2 pihak... adakah kita yakin bhwa apa yang kita fikr itulaa yang paling betul?? takut2... disebabkan oleh ketaksuban kita terhadap satu2 pemikiran menyebabkan islam itu nampak sgt2 tidak terbuka... n menyebabkan islam itu nampak sgt2 jumud di mata org bukn islam.. malah dimata org2 islam itu sendiri...

Sy minta maaf... sy x bermaksd bnda ni kpd abg.. tp kepada kita semua.. pembaca2 n penulis2... buka minda.... Halusi konsep Islam yang sempurna... Keterbukaan Islam laa yang menyebabkan Banyak org tertarik dengan ajaran islam..

Islam tu sgt mudah..... Psl ianya adalah satu fitrah buat semua manusia... freedom yang dilaungkan bukanlah freedom sepertimana konsep freedom yang diperjuangkan oleh barat... tetapi ianya freedom yang berkonsepkan ajaran Islam yang sgt adil dan saksama... kepada yang Islam maupun kepada yang bukan islam..

Parti AKP kt turki.. msti semua tau kan Parti ni.. dorg kata... "Kami memperjuangkan Sekularisma" n lepas tu parti ni menang pilihanraya kt turki.. tapi.. adakah disebabkan perkataan ini kita boleh ckp parti AKP ni bukan Parti yang berkonsepkan ISLAM??? Halusi.......... kena halusi dalam2....

Tajdid Islami n Tajdid Kuffari adalah 2 bnda yang berbeza... Tajdid Kuffari menggunakan nama islam dan dalam masa yang sama Rakyat lagi jauh dari islam... Tajdid Islami... Tajdid yang memberikan sinar baru buat umat Islam.. n dalm masa yang sama mendekatkan umat islam dan yang non-muslim kepada ajaran dan konsep islam yang sebenar...

WallhuA'lam... sy insan kecil yang jahil... minta maaf kalo tulisan sy ada mengutuk au memaki mana2 pihak.....

Wassalam Warahmatullah..

p/s :- Bro Faisal Tehrani x Accept laGi CommenT aku.. KejaP lagi AccePted laa tu KoT.. InsyaAllah.. HiHi..
Read More

Wednesday, 2 April 2008

UmNo = SarKaS



UMNO = SarkaS?? HaHa..... Cuba bayNGkan ada apa dalam Sarkas?? kalau kita g tgok pertunjukan Sarkas, kita akan disajikan dengan persembahan yang hebat oleh pelatih binatang-binatang buas. Contohnya, Kehebatan si pelatih dalam mengarah harimau, gajah, singa, monget, beruk dan lain2 lagi. kesemua binatang-binatang itu akur dengan kata si pelatih. jarang sekali kita lihat binatang-binatang itu againts pelatihnya.

Jadi yang berkuasa dalam sarkas adalah Pelatih binatang buas tu. Dan yang lagi hebat lagi apabila pelatih itu mempunyai pembantu yang membantunya untuk menjalankan dan mengurus segala perjalanan di sarkas. Maybe pembantunya boleh bertindak sebagai master mind yang memikirkan soal duit ticket, lokasi-lokasi yang sesuai tuk buat pertunjukan, promosi2 yang mampu menarik orang untuk datang dan macam2 lagi.....

Apabila berlaku sebarang kesilapan, orang ramai mula menyalahkan pelatih. Tidak kurang jugak yang menyalahkan pembantu pelatih itu yang seolah-olah menguasai bisnes Pertunjukan Sarkas.

ApaPun, MemaNg syok tengok PertujukaN SarKas ni...... Nampak hebat dari Dalam. Tapi ia HanyalaH keseroNokan yang sekejap sahaja. SelepaS habiS PertunjukaN, tamatLah keseroNokan..... dan Ia menJadi kenangan ManiS dan BuruK Bagi Semua yaNG melibatkan diri dalam Menjayakan Pertunjukan Itu.

FikirRkan DengaN Minda Dan Emosi......... Minda Tanpa Emosi = KosoNg ... Emosi Tanpa Minda = BodoH.... Minda dan EmosI... TerPancarLah KeBijakSanaaN AbaDi...... :-)

Read More

Monday, 31 March 2008

Set Ur MiNd....


HiHi.... Tiba-tiBa plak AKu semangat Mlam ni Tuk POst Komen DI bloG org NI... haha.. panjANg plak Tu... Rasa bersalah Pun ADa.. hihi.... apaPun, Aku memoHoN kemaaFAn kepaDA PenuliS Blog LadyMariaH ataS ruanG KomeN yang SangaT banyak AKu Ambik.. :-) SemoGa KemaafanKu DisambuT DengaN rela HAti... ( Hihi.. Berayat-ayat plak.. )

Pena LAdy MAriAh

n Ni adaLah KomeN Aku ckiT psl TuliSan KakaK kita ni... :-)

:-) sori banyak sgt bagi komen di "BN MENANG BESR DI SBH, KOTOH" haha.... SbnrNya sy terpanggil Tuk bg koMen psl RounD 5 tu.. hihi...

Psl MasaalAh yaNg berKaitan DengaN AgaMA tu... Bnda ni MAsih boLeh dibawa Bincang Kann... :-) n Bagi sy... ianya x sama Mcm Benang Yang BasaH....


Benda ni mmg sensitif.. n Islam memang ndak pernah memaksa seorg tu untuk masuk kedalam islam... n mmg dlam Islam pun... Tidak boleH memaksa Orang yng buKan islam tu MAsuk kedalaM islaM... melainKan denGan keinginaN Diri SenDiri..


DalaM Islam... kalo SeOrang Tu BerAgaMa Islam.. Dia keNa ikuT Apa yaNG ISlaM SdaH garisKAn.. PeremPuan IslaM ndak bOleH mengaHwiNi lelAki yang Bukan IslaM.. MelainKAn lelaKi tu maSuk ISlam dahUlu.. baRu Boleh KawiN... n benda Ni menJadi KewajiPan UntuK Orang PeremPuan Muslim tu (SahaJa)UntuK ikuT.. n Sama jugaK dengaN pihaK lelaki... Benda tu tidak Tertakhluk Untuk yang Bukan MuSlim.. samaada PeremPuan au lelaKi...


2 masaalah YAng kita keNa bezakan disini...

1. MasaalaH yang BerkaiTAn dengan General Situation

2. Masaalah yang ada hubung-kaitnya dengan Agama....


n Bila Kita ckAp psl seSuatu MasAalah.. Kita ndak Boleh MenCampuR-Adukkan Point2 yang pentIng...


1. Massalah YAng BerkaiTan denGAn SituaSi SemAsa..


- Pandangan BahaWa Islam itu memakSa OraNg yanG buKan Islam MemelUk IslaM.


Seperti yang sy katakan td, Islam sama sekali tidak membenarkan penganutnya memaksa orang yang bukan Islam untuk memeluk ISlam. dan hal ini pun termaktb dalam Al-Quran.


-Pandangan bahaWa apabiLa SeseoraNG itu Sdah Menagut ISlam, maka Dia TErpakSa meninggalKAn Segala AdaT tuRun temuruNnya..


Setahu Saya, AdaT kiTa oRang2 Bumiputera ini Adalah berlandaskan Kepada Benda-Benda yang baik2. DahuluNya, Bangsa di Sabah iNi banYak memperCayai Benda-Benda GhaIb n yang Seumpamanyalaa.. selepAs itu datNGlaa Kristian, Islam, n len2 AgaMa unTuk MeluRuskaN lagi KonseP dan PemikiRan oraNg-OranG sabaH. Tapi bnda ini bukaN persoalaNnya.... :-) yaNG sy mau Highlightkan disini ialah Islam Mengajar UmatnYA untuK Menjadi leBih Baik. Apa2 yaNG baik semuanya diterima dalam ISlam. dan ISlam menghalaNG benda2 yang MenjatuhkaN maruAh dan MArtabat malaH isLam MenjaGa dan MengangKat keduduKAn sesuatu BangSa itu.

kesimPulannya, AgaMa menJAdi Teras kePAda AdaT n BudaYA sesuatu BangSa... Tidak Kiralaa bangSa apa pUn.. CthNya DusuN yang BerAgama KristiaN.. dia MesTi akaN menyeSuaikan AdatNya deNgan AgamaNya.. kalau Dulu oraNG2 dusuN berpegaNG kepaDa KonseP ketuhaNan yang Lain, SetelaH masuk Ke krisTian, dia Kena Ubah n mesTi Alter ckiT AdaT dan KebiasaanNya SupaYa selaRi DengaN KristiAn.


-PandaNgan bhaWa selepaS maSuk Islam, Anak-Anak SdaH tiDak Ada hubuNgan dengaN iBu-Bapa.

ActuallY, IslaM tiDak pernaH mengajaR bahawa selePas masuK islaM, HUbungan dengan Ibu-Bapa YANg bukan Islam akan terputuS begitu sahaJa. Bahkan ISlam MeWajibkan Anak-Anak yang meMeluk Islam AgaR menjaga dan MembuAt keBaikaN kePada Ibu Bapanya.. WalaupuN ibu-bapaNya itu BUkan ISlaM.


2. Perkara yang Ada Hubung kaiTnya Dengan AgaMa


-Dalam Islam, seperti yang Saya Cakap diatas Td, Bila Seseorang SudahPun Islam, dia tidak boleh lAri dariPada mengikuTi hukuM2 Islam. Cthnya masaalah kahwin yang saudari ckp diatas tu. Benda itu Sdah TermakTuB dalaM IslaM. BendA yang TidaK boleH diUbah laGi. Wanita Islam tiDak Boleh berkahWin dengan leLAki yang Bukan Islam.

Ini adalaH benDa yang Berkaitan Dengan PeratuRan Islam. Benda YaNg tiDak boleh DijadikaN Isu Oleh Orang2 yaNG bukaN Islam. dan PeratuRanyaNya tidak tertakhluK kepaDa oraNG yang bukan Islam. So, mau Ndak MAu, Lelaki YAng BuKan MusliM, Bila mau MengahwiNi Wanita yang MusliM, kena mSuk duLu Islam baru boleH kahwiN. KalO ndaK, Ndak boleh Laa Kawin Nagn Wanita MusliM tu. KeraNa WaniTa musLIm tu Ada PerjanJian dan Peraturan yang Wajib Diikuti.


N benDa ini tidaK berSifat PAKSAAN. Ia leBih BersiFat ToleRansi. KalAu lelaKi iTu BetuL maHu MengahwiNi PeremPuan MuSliM itu, dia jUga kenalaa berToleransi Dengan PeratuRan yang telah ditetapkaN oleh AgaMa Wanita Islam ini.


realiti yang Berlaku Hari ini, banYak juga Sy jumpa org2 yang mcm ni.. cuba try tanya dengan Org2 yang memeluk Islam ini sebelum berkahwain ngan wanita muslim. Jwapannya, Mudah.. FaktoR Kahwin Bukanlah faktor Utamanya untuK memeLuk ISlam. bilA ditanya, Dorg suka Dengan Cara hiDup yang IDajarKan oleh Islam. Memanglah realiti yang Berlaku hari ini, Orang2 islam amat lemah sekali. tapi Ndakkan laa kita Bagaikan salahkan Van bila Pemandu Van yang bawa kereta ndak betul. Sama jugak kita mau judge Islam itu dari Penganutnya yang banyak buat Salah. Sepatutnya, Kita liHat Islam iTu dari PerspektifNya yang seBenaR.. Iaitu KAndunGan Al-Quran itu Sendiri. Bukan meLIhat KepadA penganut islam yang Lemah. :-)


Sama Jugak Dengan masaalah MurtaD. Dalam Islam, murtaD Adalah DIHARAMKAN. TidaK boleH seseorang yang Sudah ISlam itu Keluar Dari Islam. So Peraturan ISlam MenetapkaN BahaWa Orang2 Islam Tidak Boleh keluar Dari Islam.

Tidak Ada PAksaan Dalam BerAgama itu MembaWa 2 makSud.

1) Seorang MusliM tiDAk boLeh memakSA oraNG2 yang Bukan Islam Menganut IslaM.

2) Orang IslaM AdalAh WajiB UntuK mengamalkan Apa yang dibaWa Oleh ISlam.

Tidak Ada PAkSaan tu memBawa kePAda RelaTion anTara yang Muslim n yang buKAn Muslim SahaJa. ManaKala Orang IslaM itu Mesti memaHamai dan Mengikuti apa Yang dibawa dan Diajarkan Oleh Islam.


ApapuN Sy HaraP SauDari tiDak SalaH anGgap denGan apa Yang Sy sebuTkan DiAtas. SY cuma mahu MerungkaikaN SedikiT SimpulaN BenanG yang Di Himpunan BenanG yang AmaT banyaK. Dan pAstiNya BenaNg ini Bukanlah Terdiri DariPAda BEnanG yang KebasaHan. CumA keLemahaN piHak2 Tertentu MenyebabKAn iAnYa Nampak seolah-olaH beNanG yang BAsaH.. :-) PeaCe...


"Maka, adalah baik sekiranya sesebuah negara itu mempunyai agama rasmi sebagai tunjang kedaulatan dalam kepimpinan tetapi tidak mengikat rakyatnya dengan beban yang berunsurkan paksaan beragama. Dalam negara yang berbilang bangsa dan agama sebegini, isu agama sangat sensitif untuk dibicarakan. Biarlah kita percaya apa yang kita pegang kini. Kerana hubungan baik sesama kita semua itulah yang paling utama. Aku percaya akan agamaku, Kristian. Dan aku mencintai Fazly yang beragama Islam. Aku juga mengasihi sahabatku Jaswarren yang beragama Hindu. Begitu juga sayangku kepada Ang Sock Hoon tidak pernah pudar meskipun dia beragama Buddha. Aku cukup berbanga dengan warna-warni budaya yang tumbuh mekar di negara ini. Adakah anda ingin pecah-belahkan keharmonian yang ada sekarang? Tepuk dada, tanya minda!"


P/S :- Sy Setuju deNgan PerenggaN laSt ni... :-) Let Us MaKe PeacE toGetheR..

Fuhhh.. PenaT ei... Sdah laa.... Mau buAt keJa len Plak..... HiHi..... OKlah.... ChoW duLu...
Read More

PoLitiK Di SaBaH


Hari ni aku tiba-tiba sahaja bersemangat untuk update blog aku ni.. haha... Bgus2.. (Puji diri sendiri.. kih2..) Hari ni Aku mau cakap pasal Politik di Sabah Laa.. tapi sebelum tu... untuk mengenali lagi apa masaalah yang timbul di sabah ni.. yang ndak habis2 lagi sampai ke hari ni... si laa lawat laman ni....

SabaH POLItiC's VieW

Laman ni adalah ketas keja yang ditulis oleh Datuk jEffry Kitingan.. yang 96% cakap psl hak-hak KDM (Kadazan Dusun Murut).... bagi aku... masaalah ni bukan masaalah KDM sahaj... tapi masaalah bagi semua kaum di sabah... ndak kira laa.. KDM ka... Bajau ka... Sungai kaa... Brunei kaa.. Bugis ka.. n len2 lagi.... problem yang sama yang resultnya dirasakan oleh semua kaum....

pastu aku buka laa plak blog sister sorg ni... haha... org sabah laa jgak... ni blog dia laa..

LadY MariAh BloG

n dis Is my CommenT ConcerNing To Her POsTinG boUt The IssUe.. :-)

Salam Sejahtera… Syok laa plak kan bila tau ada jgak member2 sabahan yang kuarkan isu2 mcm ni.. nmpaknya adalaa peluang sy bila balik nnti.. haha.. bgus2…

bagi pendapat sy laa… 2 penGgal lagi laa kita boleh dapat sabah ni untuk org2 kita.. insyaAllah… Try masuk di sini http://members.tripod.com/SabahProblem/tsbbm.htm Try baca2 ckit… psl dlam kertas keja oleh Jeffry Kitingan ni hanya menyebut psl masaalah KDM.. tapi bg sy laa… ini bukan masaalah KDM jak… tapi masaalah bagi semua bumiputera sabah…

Bika sy baca2 artikel atas ni… apa yang sy nampak… masaalah yg paling besar yang berlaku adalah dikalangan pemimpin… bila pemimpin teruk… ndak tau objektif n matlamat.. terlalu racist.. n mcm2 lagi… rakyat pun akan jadi mcm tu… yang sepatutnya kita perjuangkan adalah hak rakyat bumiputrera… ndak kiralaa bangsa apa pun… KDM ka… bajau ka… sungai ka.. bugis… semualaa…

“Jadi kalau nak takluk Sabah, tubuh parti Sabah sendiri,” -Tombol-

Sy setuju jgak dengan pndapat saudara tombol ni… bg pendapat sy.. boleh jak kalau kita mau buat parti tuk org sabah jak… tapi ndakkan kita ndak tau sejarah politik di negeri kita ni kan… banyak jak parti2 yang kununnya berjuang untuk org sabah.. tapi tinguk2 sama jak… kalau kita buat lagi parti baru… masalah yang sama akan terus berulang… balik2 bnda2 tu jgak yang mnjadi masaalah… so tugas kita akan jadi lebih lambat… tinguk2.. kita laa pulak yang menyebabkan lagi banyak perpecahan yang berlaku antara kita org2 sabah..

So, kalau sy… sy akan terus jgak dengan parti yang ada.. cthnya BR (PKR PAS DAP) … yang memperjuangkan kesamaan antara kaum.. memang laa org akan cakap.. dorg ni pun sama jak.. mcm tu jugak… mcm org2 bn jugak… Memang bnda tu akan jadi jugak… tapi kan itu hanya kemungkinan yang akan berlaku…. (HANYA KEMUNGKINAN) 50% ya.. n 50% tidak….. n org2 kita ni ndak berani untuk cuba buat perubahan… Takut sangat dengan provokasi2.. lagi2 media dikawal oleh kerajaan BN….

jadi 2 masaalah disini… 1. Majoriti pemipin sabah Teruk (x semua.. ada yang Ok..) 2. Orang sabah sendiri perlu berubah

Selepas 2 benda ni ok… InsyaAllah kita boleh mengawal SABAH kita sendiri… berkonsepkan KEBAJIKAN untuk rakyat sabah… tanpa mengira kaum n agama.. InsyaAllah…..

Hmm... tu jaK laa tuk kali Ni... SyokNya... Aku keNa tau Banyak LAgi psl PoliTik Di Tempat AKu ni SebelUm Aku BAlik... HaHa...

2 PenggaL jak LAgi... InsYaAllah Wajah PoliTik Di SAbah BakaL BertuKar Buat Selama-LamaNya..... HaHA.....
Read More

Wednesday, 12 March 2008

Relevankah DEB??





Sedap Gak artikel copied dari harakahdaily.net ni... Fikir2laaa wahai shbat2 melayuku... Jangan kita terlalu dibodohkan oleh media2 BN dan UMNO yang merosakkan fikiran. Jan kita dikelirukan dengan isu2 perkauman yang dicetuskan oleh golongan perosak2 bangsa ini. Fkir dengan otak yang waras, bukan dengan perasaan yang selalu berubah-ubah. WallhuA'lam...

Jangan lupa bahawa Umno yang banyak mengkritik Parti Gerakan dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menjalankan dasar yang mendiskriminasikan orang-orang Melayu

Akhbar Utusan Malaysia adalah antara media propaganda Barisan Nasional yang menyiarkan kenyataan beberapa Ketua Umno Bahagian di Pulau Pinang, yang secara lantang mengkritik Tsu Koon sehingga memeningkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hakikatnya semakin jelas kelihatan sejak berpuluh tahun kerajaan negeri diterajui Gerakan dari kelompok kaum Cina, Melayu Pulau Pinang semakin terhakis, mereka hanya menguasai dan memiliki aset di Seberang Prai, manakala di bahagian pulau, hanya tinggal di sekitar Balik Pulau.
Lain-lain tempat, Jelutong, Bayan Lepas, Georgetown, Melayu sudah semakin terpinggir dan semakin pupus. Hanya yang ada saki baki Melayu tinggal di kawasan flat. Rumah kampung sudah tiada, pangsapuri mewah pun tiada, kawasan elit pun Melayu hampir tiada. Jika ada pun Melayu dari kalangan Umno.

Penulis tidak pernah berhasrat untuk membangkitkan soal kaum. Siapa yang menjadi Ketua Menteri, siapa yang memerintah atau sebagainya. Penulis sekadar mengharapkan rakyat berfikir, mengapa media dan Umno begitu jahat memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP?

Apakah paparan bahawa kononnya kaum Cina dari DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang boleh diterjemahkan sebagai semasa Cina Gerakan, DEB terlaksana dengan baik? Jahatkah Cina DAP terlalu baikkah Cina Gerakan atau MCA pada pandangan Utusan? Media tidak harus cuba mengelirukan rakyat, kerana, mereka harus tanya kepada pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang, apakah mereka begitu puashati dengan Gerakan selama ini?

Jangan cetuskan api perkauman. Paparan seburuk ini, dibuat dengan nada yang begitu jahat, boleh mencetuskan ketidakstabilan hubungan kaum dalam negara. Utusan jelas 'bermain dengan api', meniupkan api perkauman yang boleh menjejaskan ketidakstabilan politik dalam negara. Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul.

Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah penulis dua tahun lepas (sebelum menganggotai KeADILan), tidak mempertikaikan DEB, yang dipertikaikan soalan perlaksanaannya. Soal delivery dan ketelusan yang dibangkitkan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam tidak menerima sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi kepada mana-mana kaum.

Namun, PAS menerima beberapa keutamaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan terhadap orang-orang Melayu. Apa yang PAS pertikaikan ialah soal amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang dilaksanakan oleh BN. Hakikatnya PAS mempertikaikan DEB kerana ia digunakan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir puak yang dikenali sebagai Umnoputra, bukan untuk bumiputra.

Bukan soal DEB sahaja, lihatlah dasar untuk kepentingan orang Melayu Islam sebacara keseluruhan untuk orang Melayu/ Islam sewaktu Umno berkuasa dengan bongkaknya?
Di mana ukuran Umno/BN berjuang untuk Melayu?

Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?

Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?

Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?
Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?
Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB! Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu. Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka. Pilihan Raya Umum ke 12 menunjukkan orang-orang Melayu sudah menolak Umno/BN. Jangan salahkan rakyat, sikap pemimpin Umno sendiri yang menyebabkan penolakan besar-besaran berlaku.
Fikir dan renungkan. Rombak Umno, suruh Abdullah berundur, jika tidak masa depan Umno akan gelap dan tidak mustahil Umno akan tersimpan dalam muzium, menjadi bahan sejarah.


Mohd Rashidi Hassan
Harakahdaily.net
Read More

Tuesday, 11 March 2008

AGM KUU???



Rumate aku balik bilik lalu meminta gambar dari aku. hmm?? Napa mau minta gambar aku aa??? haha... Rupa-rupanya aku terpilih menjadi calon untuk bertanding dalam Anual General Meeting Kelab Umno Ukraine tahun ini. hmm.. AGM tahun lalu aku terpilih jugak. Tahun lalu terpilih untuk bertanding jawatan Presiden. Tapi kalah.. Berapa aa aku dapat undi tu.. Ndak ingat sdah... 2-3 jak kali.. haha... Alhamdulillah... Strategi berjaya tuk kali tu... hehe....

Tapi taun ni len ckit. Aku sebenarnya memang x berminat pun untuk bertanding jawatan dalam merebut kerusi AMT umno dari dulu sampai sekrag. Bukan disebabkan oleh nama umno itu sendiri.. Setiap orang ada alasan kenapa dia mau bertanding. Kalau dulu kita ada alasan yang jelas kenapa mau bertanding. Hari ni keadaan dan situasi sudah berubah. So alasan yang lama sdah ndak boleh diterima pakai. Hehe...

Untuk AGM kali ni, aku awal2 lagi sdah statekan bahawa kalau aku tercalon untuk bertanding, aku akan tarik diri. Mengapa??? Orang len pun mau tau jugak kenapa aku mau menarik diri?? haha.... Sebenarnya teda pun orag mau tau... Saja2 jak aku mau bgtau napa aku ndak mau ikut bnda2 tu. banyak sebenarnya sebab.. Tapi yang paling aku rasa pnting tanggungjawab aku untuk benda lain lagi banyak. dlam alam bisnes.. Kita ada satu sistem yang dipanggil sistem niche. sistem ni mengutarakan tentang fokus terhadap sesuatu bisnes. Contohnya, nak buat kedai emas. mesti kita akan jual emas jak kan... fokus terhadap emas jak. Kalo dalam kedai emas tu ada jual ice-cream, baju, n len2.... payah laaa... ndak professional... kan??? So ada bnda len yang perlu difokuskan... yang bagi aku lagi besar dari bnda2 tu... Ndak tau laa org len kan.. terpulang laa...

Oklaa.... baru jak syawal call td, boleh laa plak tarik diri. so apa lagi.... tarik jak laa... haha... klah.. sdah2... tu pun mau crita aa... haha... klah.. Semoga kita ni akan terus istiqamah dalam kerja2 kita.. :-) klah.. WallhuA'lam...
Read More

Hubungi Kami Sekarang !!

Pastikan anda memilih Bestevia sebagai pemanis Semulajadi anda. Bestevia, Pemanis 0 kalori pilihan semua



Designed By Dr Afifi Saif